Pertempuran di Hutan Teutoburg ([Schlacht im Teutoburger Wald atau Varusschlacht] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (
bantuan)) merujuk kepada pertempuran di antara tiga Legion Romawi bersama-sama pasukan sokongan di bawah pimpinan
Publius Quinctilius Varus dan askar-askar
Jermanik di bawah pimpinan
Arminius (
Bahasa Jerman: Hermann), seorang pemimpin puak
Cherusci. Pertempuran ini, yang direkodkan berlaku pada
musim luruh dalam tahun 9 M, menyaksikan kekalahan Jeneral Varus, sekaligus juga dikenali di dalam
bahasa Latin sebagai clades Variana. Hampir satu perlapan daripada tentera
Rom terkorban dalam pertempuran ini yang menamatkan usaha-usaha Rom untuk menakluki kawasan-kawasan
Germania di sebelah kanan
sungai Rhine hingga ke
sungai Elbe. Kedudukan
Hutan Teutoburg yang menjadi tempat pertempuran sebenarnya masih kabur dan pelbagai tempat di utara
Jerman dan bahagian timur
Belanda telah dicadangkan. Bukti-bukti terbaru menunjukkan bahawa sebahagian daripada pertempuran itu mungkin berlaku di kawasan hutan sekitar
Osnabruck dalam negeri
Niedersachsen.
[1]Pertempuran ini kemudiannya mempunyai pengaruh kuat terhadap gerakan
nasionalisme di negeri-negeri Jerman sekitar abad ke-19. Di samping itu, penemuan rekod sejarah yang ditulis oleh
Tacitus pada abad ke-15 sebelumnya membawa kepada idea yang melambangkan
puak-puak Jermanik sebagai asal usul kepada
bangsa Jerman, sekaligus meningkatkan sokongan terhadap usaha-usaha
penyatuan Jerman yang pada ketika itu berpecah mengikut negeri.